Friday, January 28, 2011

Sejarah Azan

Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.


Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.


Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmatPada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.


Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".


Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya...)Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu.Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.

Begitu juga Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram -- pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz "as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur).Selain untuk tujuan sembahyang, Azan sunat diamalkan untuk dibisikkan ke telinga bayi lelaki baru lahir atau suatu ketika dulu sebagai isyarat untuk memaklumkan kepada umat Islam waktu mudarat atau bahaya seperti bencana alam, kebakaran dan perang.

Namun yang menarik perhatian ialah keajaiban yang banyak dibincangkan termasuk di Internet bahawa Azan berkumandang 24 jam di seluruh dunia berdasarkan perbezaan waktu dan tempat.Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.

Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.


Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.


Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Begitulah seterusnya bilal-bilal di serata pelusuk dunia akan sahut menyahut melaungkan keagungan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w setiap detik, sepanjang waktu.
http://halaqah.net/v10/index.php?page=98

Saturday, January 22, 2011

Apakah itu Hari Berkasih Sayang (Valentine Day)

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..