Saturday, February 19, 2011

Bagaimana Untuk Aktifkan Otak Kanan

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Aktifkan Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Tahukah anda otak sebelah kanan agar sukar untuk aktif sekiranya kita tidak mengaktikannya.... Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya.

kos untuk belajar ni agak mahal.... herm....

Untuk melihat keberkesanannya, cuba lakukan kat anak anda....

1.Bercakap dengan anak semasa mereka tidur
Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb.


Sbb mase tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.


2. Start guna flash cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk
kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar... potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak...! .....yup... the most importance is Jagn marah2 anak anda....sebab anak2 ni boleh simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah mereka, maka ikutbalik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Sambungan cerita...Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa.........kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu.

First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.

Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....!

Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat..... so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...
contohnya...."Tolong senyap Abang", " berbanding Jangan bising bang.. "

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.


copy from UMForum
thanks to khairulazman

Monday, February 7, 2011

Salah Selipar

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar,


belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna,yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong."Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati."Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."

Friday, February 4, 2011

Teknologi yang Menyakitkan

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat dtg kedunia IT.Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh sayabantu....


Pelanggan : heloo, saya nak pesan

PizzaOperator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonanseterusnya.

Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di JalanHang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit :anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?

Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?

Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family

Operator : Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan : kenapa pulak?

Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darahtinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.
Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?

Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul"Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.
Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family ygsaya pesan tadi?

Operator : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yangberjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kadVisa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyakRM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuktunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelumpenghantar pizza sampai , ke rumah saya.Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaunencik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan PublicBank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cashkat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lamadan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcaipakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik?
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekodorg lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!

Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dahl upa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan : (Terdiamm....)

Operator : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2botol coca cola kan?

Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada jugamengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarangkomen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online padawebsite kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawahkotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungiPizza Hot....

Nasib Rakyat (terutama Pelajar) Di Mesir

Assalamualaikum....

Baru2 ni kita ada mendengar mengenai krisis yang berlaku di Mesir yang melibatkan warga Malaysia terutamanya pelajar kita yang belajar di sana. Konflik ini benar2 mengejutkan kita di sini.

Tapi walaubagaimana pun jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus2 berdoa untuk keselamatan mereka di sana.

Saya di sini tidak mampu untuk membantu mereka di sana, tetapi apa yang saya mampu adalah mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Sebab Krisis Ini Berlaku....
Dengar2 disebabkan protes terhadap kekejaman dan kezaliman kerajaan......
Dan di Mesir pula terdapat 2 orang membakar dirinya di hadapan bagunan parlimen Mesir dibebabkan tekanan hidup di Mesir dengan pengangguran dan pendapan rendah bagi rakyat miskin. Berbeza bagi orang yang berada yang hidup kaya raya. Akibatnya, rusuhan dan demostrasi untuk meminta kerajaan pemimpin Hosni Mubarak berundur. Kemarahan semakin membara kerana Hosni Mubarak mendiamkan diri.
Akibat dari Itu.......
- Huru-hara berlaku di Mesir
- Terputus kemudahan Internet dan Telefon yang menyukarkan perhubungan Malaysia-Mesir.
- Hampir 6000 banduan terlepas dari penjara dan menyamar sebagai polis
- Terputus bekalan makanan yang bolah menjejaskan kesihatan
- Keselamatan pelajar tidak terjamin
Tindakan yang Boleh dilakukan....
- Melakukan Solat hajat untuk mendoakan keselamatan Rakyat Malaysia di mesir terutamanya Pelajar-Pelajar Malaysia.
- Memaklumkan diri semasa ke semasa perjalanan Rakyat Malaysia di mesir.
- Sentiasa bertanya khabar supaya info dapat diterima dengan jelas...
Insyaallah semuanya akan Selamat.......