Sunday, December 26, 2010

"April Fool".. Sejarah nya.. Renungkanlah Wahai Umat Islam...

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita
sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali
menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya
'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di
Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada,
Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors)
terpaksa berlindung di dalam

rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian

bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk menghapuskan

orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini,
diberitahu
bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan

mereka dengan menggunakan kapal-kapal
yang berlabuh dipelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi
keperlabuhan untuk
melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April),
mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil
kesempatan untuk menggeledah

dan kemudian membakar rumah
penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk
menaiki
kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang
kaum muslim dan membunuh

kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini
kemudiannya
diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan sahaja di Sepanyol

tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam
yang
jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day
tanpa
menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai
saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu

No comments:

Post a Comment